CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 19 February 2013

mak abah

kes 1

Dulu... di hari jumaat, ada la seorang mak cik ni, datang kat saya nak cakap.

"anak nak beli jagung tak. tinggal satu jer ni. ".

saya dengan lajunyer menggeleng. mak cik tua tu pun berlalu meninggalkan saya.  Apabila saya menoleh ke arah mak cik tu. tiba-tiba perasaan bersalah muncul dalam diri. kenapa aq tak nak beli jagung yang tinggal satu paket jer tu. kesian kat mak cik tu dibawah panas terik  menjual jagung. kalau aku beli mesti dia dah boleh relax. maafkan saya makcik.

kes 2

nie berlaku masa aq jaga makcik aq kat hospital. semase kami tengah bersarapan, datanglah seorang mak cik cleaner. dia tanye saya. 

"anak k?"

saya kata xlah nie mak cik saya. lepas tu mak cik tu pun bagi tau saya.

"anak makcik pun ada seorang jer. entaha la rasenyer dah tua nanti makcik duduk rumah orang tua jer kot."..

saya pandang mak cik tu penuh simpati... usianyer lebih tua dari mak saya namun masih perlu bekerja dan akan mengakhirkan sisa kehidupan dirumah orang tua... sedihnya.


kes 3

kawan saya masa matrik. saya tak ingat la apa yang di cakap. tapi lebih kurang gini maksudnya.

bagi saya oky jer kalo hantar mak ayah kita kerumah orang tua sebab dekat situ mereka lebih terjaga dan ade orang yang uruskan mereka selalu.



bagi saya. saya TAK SETUJU 200%..


mane boleh kita letak ibu/ ayah kita kat rumah orang tua. memng ada orang jaga tapi tu bukan anak mereka. sentuhan anak dan bukan anak tu lain. hari nie semua orang sibuk dengan urusan dunia. sehingga bukan setakat menjaga, menjengah pon xberkesempatan. tak berkesempatan ke sengaja tak sempatkan ek....?

kalau kita boleh buat kat kedua orang tua kita.. nanti anak kita buat kat kita jangan melenting.=) 

saya sayang kedua orang tua saya. kalau Allah izinkan saya sempat berjumpa mak abah saya bila mereka tua. saya akan mastikan mereka tidak tinggal di rumah orang tua..=) insyaALLAH..=)



0 comments:

Post a Comment